Tahun 2012
Mereka semua berlari berpusu-pusu
masuk ke dalam perut kapal. Di dalam kapal, mereka berusaha mencari kapten.
Keadaan sangat kucar-kacir saat itu. Ada diantara penumpang yang sedang
menangis, menjerit dan salah seorang daripad mereka hanya duduk di satu sudut
sambil tangannya tidak lepas daripada tasbih. Dia kelihatan tenang. Hentakan
yang kuat daripada puluhan ikan jerung itu seakan-akan tidak memberi kesan
terhadap konsentrasinya.
“Kapten,
kami nampak sebuah kapal lanun di hadapan. Kapal itu menuju ke arah kita.” Kata
Hakim sebaik sahaja dapat berjumpa dengan kapten Aizzer Cruise. Dia dapat
mencari kapten itu setelah diberitahu lokasinya oleh krew kapal. “Kapten Razak”
nama yang tertera di tag nama atas kocek uniform bajunya.
“Kapal
lanun?” Soal Kapten Razak kembali. Selama dia bertugas sebagai kapten kapal
Aizzen Cruise ini, dia tidak pernah lagi menerima aduan seperti itu daripada
penumpangnya.
“Ya,
kapal lanun tuan. Kapal itu sama macam dalam filem “Pirates if the Carribean!”. Memang sebijik tuan.” Tambah Ezad
pula.
“Kamu
semua jangan bergurau. Ini melibatkan keselamatan semua isi kapal. Mari kita
pergi ke bilik kawalan. Tunjukkan saya mana kapal Jack Sparrow tu.” Katanya menyindir. Kurang mempercayai kata-kata
mahasiswa dan mahasiswi itu.
“Baiklah.
Mari kami tunjukkan.” Hakim setuju dengan pelawaan Kapten Razak. Keadaan kapal
yang terhuyung-hayang itu menyukarkan pergerakan mereka. Kadangkala, mereka
terpaksa merangkak kerana kapal seakan-akan hendak terbalik. Sampai sahaja di
bilik kawalan, Aina terus berkata.
“Kuat
betul ikan-ikan jerung menghempas kapal ini.”
“Betul
tu. Seram I tengok tadi. Sumpah menggigi.l” Syamil mengiyakan sambil memeluk
tubuhnya. Kapten Razak menoleh ke arah mereka berdua.
“Don’t
talk rubbish. Mana ada ikan jerung di perairan ini.” Kapten Razak menafikan.
“Kapten,
betul kapten. Kami sendiri nampak dengan biji mata kami sendiri. Memang betul.
Terdapat berpuluh-puluh ekor ikan jerung dewasa menghempas badan mereka ke
badan kapal ini.” Shira menyokong kata-kata rakannya.
“Mula-mula
Pirates of the Carribean, lepas tu ikan jerung berpuluh-puluh ekor pula yang
menghempas kapal ini? Nak massukkan cerita Jaws
sekali ke?” Kapten Razak masih menyangkal. Senyumannya sumbing.
“Okey,
okey. Kapten tak percaya kan? Jom kita tengok radar tu. Mesti mesin tu dapat
kesan kapal yang berada di sekitar.” Hakim bersuara. Kapten Razak mengangguk.
Mereka semua menuju ke mesin radar.
Anehnya, ia tidak dapat mengesan sebarang objek di sekitarnya.
“Mana
Jack Sprarrow awak semua?” Tanyanya
sambil tersenyum sinis. Masing-masing terdiam. Memang tidak dapat dikesan
dengan radar. Tetapi pada hakikatnya, mereka berenam nampak kapal lanun itu
dengan jelas sekali. Begitu juga halnya dengan berpuluh-puluh ikan jerung itu.
Jika diikutkan, kapal lanun yang kelihatan dari jauh tadi pasti sudah hampir
dengan Aizzer Cruise.
“Apa
yang pasti, kami tidak menipu tuan. Memang itu yang kami nampak tadi.” Jawab
Ezad. Kapten itu hanya tersengih.
“Beginilah,
saya bukan tidak percaya, cuma cerita kamu semua tidak masuk akal. Baiklah,
untuk tidak mengecewakan kamu, mari kita ke luar kapal. Saya nak tengok ikan
jerung yang kamu semua maksudkan. Jangan kata saya tak dengar cakap kamu semua.”
Kapten Razak cuba bertoleransi. Mereka yang lain mengiyakan.
Mereka kemudiannya membontoti Kapten
Razak ke luar dek kapal. Tiba-tiba, kapal yang pada mulanya berolek hebat
kembali tenang. Semua tertanya-tanya perkara yang berlaku. Mereka bertujuh
termasuk Kapten Razak bergegas ke luar kapal. Apabila melihat ke bawah lautan,
tiada seekor jerung pun kelihatan. Keadaan yang amat membingungkan ini disambut
tawa kapten muda itu.
“Okey
guys, you got me!” Kapten Razak bersuara seperti mengalah. Disangkanya Shira
dan rakan-rakan telah berjaya mengenakannya.
“Kapten,
tolonglah percayakan kami.” Shira mempertahankan dirinya serta rakan-rakannya.
“Benar,
kami tak tipu tuan. Apa yang kami dapat kalau berjaya tipu tuan? Tiada apa.”
Aina menyokong Shira. Kapten Razak berpusing membelakangi laut. Dia kini
berdiri berhadapan dengan mereka berenam sambil memeluk tubuhnya.
Kedengaran air laut berkocak-kocak
ketepian. Seolah-olah sebuah armada
perang sedang membelah lautan. Mereka tercari-cari arah bunyi itu. Kapal yang
tadinya tenang kini mula teroleng-oleng. Keadaan menjadi sunyi. Masing-masing
menanti dengan penuh debaran.
“Kapten…”
Syamil menghalakan jari telunjuknya ke arah belakang Kapten Razak. Kapten Razak
menoleh ke belakang lalu mengucap panjang. Matanya tidak berkelip memandang.
Aina jatuh terduduk kerana terkejut.
Di sebelah Aizzer Cruise kini terdapat
sebuah kapal besar diperbuat daripada kayu. Kayu-kayunya kelihatan sudah lusuh
tetapi masih lagi kukuh. Di dek kapal itu kelihatan beratus-ratus orang lelaki
yang gagah perkasa sedang memegang senjata. Ada diantara mereka memegang
pedang, tombak dan juga keris. Di sisi kapal yang seakan-akan kepunyaan Jack Sprarrow itu kelihatan tersusun
meriam. Jarak antara meriam itu lebih kurang lima kaki. Mereka memang seperti
lanun. Ya, mereka memang lanun!
………………………………………………………………………………………………………......
Kurun ke 15
“Apa
benar kamu Panglima Bayang?” Soal lelaki berbadan besar itu. Kakinya
menggeletar hebat. Degupan jantungnya pantas menunggu jawapan kepastian
daripada lelaki yang sentiasa mengukirkan senyuman itu.
“Jalak,
bukankah kita sudah berpesan supaya jangan disebut nama itu?” Yusuf
mengingatkan Jalak. Jalak hanya tergaru-garu kepala lalu memohon maaf. Yusuf
menepuk bahu sahabatnya itu tanda memaafkan. Dia kembali melihat lelaki
berbadan besar di hadapannya sambil tersenyum.
“Ya,
hamba yang digelar Panglima Bayang.” Mahu tidak mahu Yusuf terpaksa
mengakuinya. Berbohong termasuk dalam kategori berdosa besar. Jelas kelihatan lelaki
berbadan besar itu menelan liurnya. Dia cuba menyusun kata-kata.
“Namamu
begitu mashyur di negeriku. Kamu telah banyak menumpaskan rakan-rakan
seperjuanganku. Tiada seorangpun antara kami mampu menandingimu, Panglima
Bayang. Mereka yang terselamat daripada menjadi mangsa tusukan kerismu telah
ramai yang berpaling tadah daripada raja kami. Mereka cuba melarikan diri
dengan alasan ingin mencari kebenaran hakiki. Persetan semua itu!” ucapnya
panjang lebar. Yusuf beristighfar sebanyak tiga kali. Walaupun suaranya
berbisik, ia mampu didengari Jalak yang berdiri teguh di sebelahnya.
“Kembalilah
kepada jalan Allah. Bertaubatlah selagi berkesempatan. Sesungguhnya Allah itu
Maha Pengampun dan Penyayang. Allahuakbar.” Yusuf cuba berdakwah kepada lelaki
pengikut penyembah syaitan itu. Merinding bulu tengkuk lelaki berbadan besar
itu tatkala Yusuf mengucapkan kalimah Allahuakbar. Dirasakan kalimah itu
menusuk tepat di kalbunya.
“Tahukah
tuan hamba tentang dosa dan pahala? Mereka yang sentiasa berbuat kebajikan,
beramal soleh dan melaksanakan semua perintah Allah serta menjauhi larangannya
akan dimasukkan ke dalam syurga. Manakala mereka yang banyak berbuat dosa akan
dimasukkan ke dalam api neraka. Tempat yang amat pedih azabnya. Salah satu
diantara dosa-dosa besar ialah mensyirikkan Allah s.w.t. Mensyirikkan Allah
iaitu dengan menduakannya merupakan perbuatan yang menyimpang daripada agama Islam.
Tiadalah tuhan selain Allah. Janganlah kita terpengaruh dengan Taghut. Takutlah
dengan kemurkaan Allah.” Yusuf menambah.
Kelihatan lelaki berbadan besar itu
hanya diam membisu. Di hatinya telah terbit rasa takut kepada Allah. Diimbas
kembali dosa-dosanya bermula dengan mensyirikkan Allah, merompak, membunuh, dan
banyak lagi kesalahan. Dia mula terbayangkan api neraka? Bagaimana keadaannya?
Apa itu syurga? Sesungguhnya dia memang jahil. Terbit perasaan aneh di hatinya.
Ya, perasaan ingin tahu lebih lanjut mengenai agama Islam.
“Aku
tidak mahu masuk ke dalam api neraka. Aku banyak berbuat dosa. Adakah tuhan
kamu itu akan menerima taubatku?” lelaki berbadan besar itu bertanya. Dia mulai
rasa bimbang dan takut dengan kemurkaan Allah.
Yusuf mengucapkan syukur. Jalak turut
tersenyum. Kagum dengan kehebatan sahabatnya berdakwah.
“Alhamdulillah.
Apabila terbit rasa takut walaupun sedikit kepada Allah, bermakna hati tuan
hamba telah ada benih-benih iman. Allah itu Maha Penerima Taubat. Orang yang
bertaubat nasuha pasti akan diampuni Allah s.w.t.” balas Yusuf.
“Tapi,
niatku kemari adalah untuk membunuhmu. Adakah kau tidak marah kepadaku? Bunuh
sahajalah aku. Aku mengaku kalah.” Kata lelaki itu sambil melutut. Yusuf lantas
berjalan kepada lelaki itu. Lelaki itu pasrah menerima hukuman bunuh.
“Kita
tidak marah kepada tuan hamba. Marah itu bisikan syaitan. Bangunlah.” Yusuf
cuba meyakinkannya. Lelaki berbadan besar itu terpinga-pinga. Kenapa tidak
menggunakan peluang yang ada untuk menghabisinya?
“Sahabatku,
kini tuan hamba kita lepaskan. Pergilah belayar mencari ilmu tentang Islam.
Insyaallah, tuan hamba pasti menemui kebenarannya.” Kata Yusuf kemudian berlalu
pergi. Diucapkan salam suci terlebih dahulu sebelum dia berjalan pulang ke
rumah. Jalak menurutinya. Lelaki bertubuh besar itu tersenyum lalu menangis
semahunya. Malu kerana orang yang ingin dibunuhnya kini melepaskannya apabila
dia berpeluang untuk membunuhnya. Timbul rasa ingin tahu yang menebal di
sanubarinya. Rasa ingin tahu tentang agama ilahi.
Sampai sahaja di perkarangan rumah,
Yusuf terus membasuh kakinya menggunakan air tempayan di tepi rumah. Jalak
turut meniru perbuatannya. Selepas salam sucinya bersambut, dia terus masuk ke
dalam rumah. Shira masih duduk berbual dengan Mak Mah. Yusuf tersenyum
memandang mereka. Shira yang petah berbicara dengan Mak Mah terdiam kaku
melihat senyuman lelaki tinggi lampai itu. Pandangan mata mereka bertaut.
‘Oh
my god, he so cute!’ Gumamnya dalam hati. Hatinya berdegup kencang. Segera
dialihkan pandangan matanya daripada Yusuf. Malu menguasai diri.
“Inikah
gadis yang dimaksudkan itu, Yusuf?” Soal Jalak apabila sudah berada di dalam
rumah. Dia bertanya sambil matanya tidak lepas memandang gadis berkulit cerah
di sebelah Mak Mah. Mak Mah tertawa melihat perbuatan Jalak.
“Jalak,
tidak manis memandang gadis sebegitu sekali.” Tegur Yusuf. Nadanya tetap
menyenangkan sekalipun menegur sesuatu perbuatan yang salah. Itulah sifat
lelaki yang digelar Panglima Bayang.
“Maaf,
hamba minta maaf.” Jalak meminta maaf. Dialihkan pandangannya kepada Mak Mah
kemudian kepada Yusuf. Suasana sunyi seketika.
“Eh,
kenapa semua orang diam ni? Apa salahnya dia tengok saya? Saya okey je.” Shira
memecah kesunyian. Mereka semua memandang Shira. Shira menjadi kaget.
“Hello,
don’t look at me like that guys. You freaking me out.” Shira tidak selesa.
Jalak terpinga-pinga mendengar pertuturan Shira. Mak Mah dan Yusuf yang telah
mengalami pengalaman ini hanya tertawa melihat perubahan muka Jalak.
“Maaf
saudari, hamba ingin bertanya. Bahasa apa yang tuan hamba tuturkan sebentar
tadi? Rasanya tiadalah pernah hamba mendengarnya sebelum ini.” Jalak bertanya.
Dahinya berkerut.
“Ish,
tak payahlah bersaudari dan tuan hamba sangat dengan saya. Kelakarlah. Panggil
je Shira. Shira bangun lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Memang itu
kebiasaannya. Jalak lantas menyembunyikan tangan. Shira terpempan.
“Maaf,
Shira. Jalak bukan muhrim tuan hamba. Berdosa hukumnya bersentuhan kulit
berlainan jantina dengan sengaja.” Yusuf berkata menerangkan keadaan sebenarnya.
Shira akur mendengar penjelasan itu.
“Hm,
okey. By the way, siapa nama awak?” soal Shira kepada lelaki berkumis nipis
itu.
“Nama
hamba Jalak.” Balasnya. Shira hampir tersembur tawanya tapi ditahan. Nama Jalak
itu seperti nama ayam yang dibela datuknya di kampung. Demi menjaga hati Jalak,
Shira cepat-cepat membuang tawanya jauh-jauh. Jalak perasan akan perubahan itu.
“Mengapa
Shira? Ada apa yang tidak kena pada nama hamba?” Jalak menduga. Shira terus
menggelengkan kepalanya.
“Saya belum jawab soalan awak. Soalan
awak sama dengan soalan Yusuf tadi pagi.” Shira mengubah topik perbualan. Yusuf
berjalan menghampiri dinding rumah lalu duduk bersila bersandarkan dinding
rumah itu. Jalak masih lagi berdiri berhadapan dengan Shira. Mak Mah ke dapur.
Menyediakan minum petang.
“Saya
rasa saya dah ingat sikit-sikit. Saya berasal daripada KL.” Sambungnya
perlahan. KL itu singkatan untuk Kuala Lumpur. Jalak dan Yusuf saling
berpandangan. Mereka tidak pernah mendengar nama negeri yang disebut Shira.
“Mulalah
tu, masing-masing buat muka blur.
Sakit pula hati kita ni! Iya, saya memang berasal daripada KL, Malaysia. Tak
tipu.” Sambung Shira.
“Kami
bukan tidak percaya, tetapi kami memang tidak pernah mendengar nama negeri yang
Shira katakan.” Yusuf pula berkata. Shira memandang Yusuf. Lelaki bertubuh sasa
itu sedang mengurut-ngurut telapak kakinya. Lenguh barangkali.
“Tak
percaya sudah, huh” balas Shira lalu berlalu pergi ke dapur. Jalak hanya
mengangkat bahunya melihat aksi rajuk gadis berlesung pipit itu. Yusuf tak
terkata.
No comments:
Post a Comment