Tahun 2012
Di dalam Aizzer Cruise, mereka sedang
menikmati hidangan yang disediakan. Semuanya makanan mewah. Para pelayan
sentiasa ada untuk memenuhi permintaan mereka.
Kapal mewah itu meluncur laju di perairan laut Pulau Pinang. Selesai
makan, mereka menuju ke luar kapal untuk
menikmati pemandangan di lautan yang luas itu.
“Cantiknya
pemandangan di sini. Kan seronok kalau setiap hari begini. Hilang stress
belajar” Kata Aina.
“Betul
tu. Alah, kau nak stress-stress kenapa? Kau kan Top Student. Apa-apa subjek pon
mesti dapat A punyalah.” Balas Dira.
“Hello
kawan, kalau tak bersengkang mata mengadap buku setiap malam, tak mungkin aku dapat pointer yang baik tau.” Respon
Aina. Dira hanya memandang terus ke lautan yang luas. Pandangannya kosong.
“Korang,
let say la kan, tiba-tiba kapal ni karam..”
“Weh,
tak sayang mulut ke? Kau nak sangat? Celupar betol dia ni.” Syamil memotong
kata-kata Ezad. Dia menjadi seram mendengar andaian itu.
“Bukan
apa, aku cuma cakap je. Kenapa? Kau takut tak sempat untuk berubah menjadi
lelaki sejati? Soal Ezad sambil tertawa. Syamil merengus kencang.
“Hakim!
Tengok you punya kawan ni. Tak habis-habis nak kenakan I tau. Benci.” Syamil
mengadu kepada Hakim. Hakim hanya tertawa. Dira terus datang kepada Ezad lalu
mencubitnya. Ezad mengaduh kesakitan. Syamil pula yang tertawa.
“Haa,
padan muka kau. Itulah, kenakan orang lagi.” Syamil bersuara lagi.
Suasana menjadi sunyi sepi. Seperti
biasa pasangan yang sedang dilamun cinta itu berpelukan sesama mereka.
Seolah-olah tiada jurang yang dapat memisahkan. Mereka memadu kasih tanpa
sebarang ikatan yang sah. Mereka berpasangan bukan kerana Allah, tetapi kerana
nafssu semata-mata. Sesungguhnya, Allah itu Maha Melihat dan Mengetahui apa
yang dilakukan oleh hamba-hambanya.
Shira seorang gadis yang
periang. Dia dibesarkan oleh kedua ibu bapanya dengan limpahan kemewahan. Minta
apa sahaja pasti akan ditunaikan. Kedua ibu bapanya ahli perniagaan berjaya.
Mereka berdua selalu sahaja tiada dirumah. Kadang-kadang outstation sehingga
berminggu-minggu lamanya. Shira yang sudah terbiasa dengan keadaan itu tidak
mengendahkannya lagi. Apa yang penting, segala apa yang dihajatkannya
ditunaikan.
Pada malam minggu, dia pasti
akan berhibur di kelab malam bersama rakan-rakannya. Hidupnya liar. Tiada siapa
yang boleh menegurnya. Hatinya penuh dengan keduniaan. Syaitan laknatullah
telah berjaya mengaburi mata hatinya. Dia kini jauh dari sinaran gaya hidup
seorang Islam.
Suasana yang hening itu tiba-tiba menjadi
suram. Langit bertukar menjadi gelap dengan begitu pantas. Guruh
sabung-menyabung. Dentuman petir yang dasyat membuatkan mereka semua jatuh
terjelopok. Air laut bergelora dengan rakus. Masing-masing cuba menyelamatkan
diri sendiri.
Shira yang terduduk cuba
menggapai apa sahaja yang mampu untuk mengimbangi tubuhnya. Dia berjaya untuk
berdiri. Niatnya ingin membantu rakan-rakannya tetapi dia tidak berdaya. Gelombang
ombak yang kuat menghempas kapal mewah itu membuatkannya terjatuh
kembali.mereka semua tergolek di tepi balkoni kapal itu. Serentak itu, mereka
sama-sama memegang tiang penghadang untuk berdiri.
Mereka memandang ke bawah
untuk melihat ombak yang membadai. Alangkah terkejutnya mereka apabila
mendapati bukan ombak yang menyebabkan kapal itu teroleng-oleng, tetapi
sekumpulan ikan jerung berbuat demikian. Terdapat lebih tujuh puluh ekor ikan
jerung melaga-lagakan tubuhnya di kapal itu. Itu, yang membuatkan kapal
teroleng tidak tentu arah.
Dari kejauhan kelihatan
sebuah bahtera besar yang diperbuat daripada kayu. Kelihatan seperti kapal
lanun di dalam filem “Pirates of the
Carribean”. Masing-masing tercengang tidak terkata. Adakah kapal lanun ini
yang diceritakan oleh Alfonso de Albuquerque? Semua persolan itu berlegar di
fikiran.
……………………………………………………………………………………………………………
Kurun ke 15
Yusuf berdiri di halaman rumah. Dia
bersiap-siap menyarung capalnya untuk pergi menunaikan solat Zuhur di surau. Dengan
lafaz basmalah, dia segera memulakan langkah.
Shira hanya memerhatikan
lelaki berwajah bersih itu daripada tingkap biliknya. Lokasi suraunya tidak
pula diketahui oleh Shira. Manakan tidak, menjejakkan kaki keluar pun belum
pernah. Tambahan pula, dia kini tidak tahu dimana dia berada sekarang.
Mak Mah sedang menyapu
lantai rumah. Rumah itu tidaklah berhabuk tetapi sudah menjadi rutinnya menyapu setiap hari.
Pekerjaan rutin itu biasanya dilakukan setiap pagi tetapi ditangguhkannya
kerana Shira pengsan pagi tadi. Selepas tidak dapat menjawab soalan yang
diajukan Yusuf, dia terus rebah.
Shira berjalan keluar daripada bilik
perlahan-lahan. Tekaknya terasa kering. Dia ingin mencari air di dapur. Mak Mah
yang perasan akan Shira lantas menegurnya.
“Shira
mahu minum? Biar mak cik yang ambilkan” pelawa Mak Mah. Shira hanya tersenyum
lalu mengangguk. Mak Mah pergi ke dapur.
Shira memandang sekeliling. Tiada sofa
untuk tempat melabuhkan punggungnya. Akhirnya dia duduk bersimpuh di atas
lantai.
‘Rumah
apa ni? Takkan la tiada sofa langsung? Perabot pun tiada’ gumamnya
bersendirian.
Bagi seseorang yang berstatus anak
jutawan, dia langsung tidak menyukai keadaan seperti ini. Tetapi, apakan daya,
dia hanya menumpang. Nasib baiklah ada seorang insan yang berhati mulia
membawanya pulang ke rumah ini. Kalau tidak, mesti dia telah lemas.
“Jemput minum
Shira. Air kosong sahaja.” Pelawa Mak Mah merendah diri. Shira menyambut cawan
itu. Dia agak janggal melihat cawan itu kerana ia diperbuat daripada buluh. Dia
menilik-nilik sebelum meminumnya. Mak Mah yang melihat ulah gadis berambut ikal
mayang itu terus tertawa. Shira mengerutkan wajah.
“Minum
nak. Jangan risau, makcik tidak bubuh racun di dalamnya.” Mak Mah berkata sambil
mengurut-ngurut lengannya. Lenguh barangkali menyapu tadi.
“Tidak,
tidak.. Saya tak cakap pun pasal racun. Cuma, cawan buluh ni agak klasik. Macam
cerita zaman dahulukala sahaja.” Balasnya sambil tertawa sedikit.
“Zaman
dahulukala? Maksud Shira?” soal Mak Mah kehairanan.
“Yalah,
macam zaman Hang Tuah. Dulu-dulu mana ada pinggan dan cawan jenama Corell. Yang ada inilah, jenama cap
buluh” jawabnya selamba. Mak Mah semakin keliru.
“Shira
kenal pada Hang Tuah?” soal Mak Mah.
“Siapa
yang tidak kenal Hang Tuah, makcik. Pahlawan Melayu yang tidak terkalahkan. Tak
tahulah betul atau tidak dia tak pernah kalah. Mungkin cerita itu diada-adakan
untuk membuktikan kehebatan orang Melayu pada zaman itu.” Jawab Shira pantas.
“Pada
zaman itu? Maksud Shira, sudah ada pahlawan yang bernama Hang Tuah di zaman
dahulu? Adakah Datuk Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan pencak silatnya
sekarang ini hanya meniru nama Hang Tuah zaman dahulukala semata-mata?” soal
Mak Mah bertubi-tubi. Shira membeliakkan biji matanya. Dia terkejut mendengar
soalan itu. Dia merasakan Mak Mah mahu mempermainkannya sahaja.
“Chill
out Mak Mah. Tu kan mitos je. Kan saya cakap tadi mungkin cerita itu
diada-adakan untuk membuktikan kehebatan orang Melayu pada zaman itu. Jadi,
kita tidak perlu nak percaya sangat Makcik.” Jawab Shira semula.
Mak Mah hanya mendiamkan diri. Pada
hematnya, Shira masih belum pulih sepenuhnya. Fikirannya menerawang. Siapakah
Shira sebenarnya? Dari mana dia berasal? Adakah dari zaman yang berlainan?
Usai solat berjemaah di surau, Yusuf
dan Imam Muaz duduk bersila menghadap satu sama lain. Kelihatan raut wajah
sugul kebimbangan terbit di wajah imam tua itu. Janggutnya yang putih tersusun
rapi itu diusap-usap perlahan. Yusuf menanti butir-butir percakapan imam itu
dengan sabar.
“Yusuf,
ada sesuatu hal yang ingin dibicarakan. Malam kelmarin, hamba bermimpi berjumpa
dengan seorang gadis muda.” Imam Muaz mula bercerita.
“Gadis
itu berada di persimpangan antara jalan di sebelah kanan atau kiri. Di bahagian
kiri terdapat jalan yang amat luas sekali tetapi dipenuhi dengan ular-ular
besar serta api yang marak membakar. Di sebelah kanan pula terdapat air terjun
yang amat menyegarkan. Terdapat beberapa orang soleh dan solehah sedang
menunaikan solat berjemaah. Keadaannya begitu tenang. Dalam pada itu, hamba
melihat Yusuf sedang berdiri menunggu si gadis. Berharap si gadis akan melalui
jalan di sebelah kanan. Tidak semena-mena, ular besar itu menuju pantas ke arahnya.
Si gadis menjerit ketakutan lalu pengsan.” Si Imam bercerita panjang.
“Kemudian,
apa yang berlaku seterusnya Imam Muaz?” soal si Jalak sejurus duduk di sebelah
Yusuf. Sebenarnya, dia sudah lama memasang telinga lalu tertarik untuk
mendengar cerita selanjutnya. Yusuf menepuk paha Jalak tanda kurang senang
dengan adab yang dipamerkan. Imam Muaz hanya tersenyum tanda tidak kisah kerana
semua telah tahu tentang adab Jalak yang hiperaktif. Yusuf juga turut tersenyum
apabila memahaminya.
“Melihat
gadis itu pengsan, dengan segera Yusuf menghampiri. Ular itu sudah bersiap
sedia untuk menelan si gadis. Yusuf menghunuskan senjata lalu bertempurlah
dengan ular besar itu. Kemenangan berpihak kepada Yusuf. Lalu dengan segera
dibukakan ikatan serbannya lalu dijaadikan pelapik untuk menggendong si gadis.”
Cerita Imam Muaz lagi.
Yusuf
memejamkan matanya. Dilafazkan kalimah suci basmallah. Dia cuba untuk mentafsir
mimpi Imam Muaz. Jalak hanya memerhatikan perlakuan Yusuf. Dia sudah terbiasa
dengan keadaan ini.
Jalak dan Yusuf merupakan
sahabat baik sejak kecil lagi. Mereka bersahabat tidak kira di waktu susah atau
senang. 10 tahun lepas, mereka merantau ke Gunung Kasturi untuk mempelajari
ilmu persilatan. Latihan selama 5 tahun sudah memantapkan ilmu persilatan di
dada. Di antara beratus-ratus murid yang datang berguru, Yusuf adalah yang
terbaik. Dia mampu menguasai semua teknik persilatan yang diajar oleh Kiai
Fateh.
Kiai Fateh merupakan orang
yang sangat warak. Beliau mengajar ilmu persilatan dan di samping itu berdakwah
menyampaikan ilmu Islam. Beliau pernah berpesan, jangan sesekali meninggalkan
solat. Solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang, maka runtuhlah agamanya. Beliau
juga menasihatkan jangan berniat menunaikan solat semata-mata untuk mendapatkan
ilmu silat dengan sempurna. Solatlah kerana Allah s.w.t.
“Yusuf,
gadis yang berada di rumah kamu itu mungkin gadis yang sama hamba mimpikan”
Imam Muaz memecah kesunyian. Yusuf membuka kelopak matanya. dia tidak terkejut
bagaimana Imam Muaz tahu tentang keberadaan gadis itu. Imam Muaz bukan calang-calang
handal orangnya. Ketika mudanya, beliau digeruni kerana berjaya menewaskan
serangan orang minyak yang tenaganya sepuluh kali ganda tenaga lelaki.
Sekarang, beliau lebih banyak menghabiskan masa di surau untuk berdakwah
semenjak pulang dari menunaikan haji 6 tahun lepas.
“Ya,
kita mengerti Tuan Imam. Pada pengamatan hamba, gadis itu bukan berasal dari
sini.” Yusuf membalas.
“Dari
tutur katanya, cara berpakaian serta adab yang dipamerkan menerangkan
segalanya.” Sambung Yusuf lagi. Imam Muaz hanya mengangguk. Tangannya tidak
lekang daripada mengusap janggut putihnya. Jalak yang tidak mengerti tentang
perbualan mereka hanya membatu. Cuba mentafsir sendiri.
“Jika
bukan dari sini, dari mana datangnya gadis itu, Yusuf?” soal Imam Muaz. Jalak
masih tidak mengerti.
“Itu
yang kita tidak ketahui, Imam Muaz. Tapi, kita akan bertanya kepadanya apabila
dia sudah sihat sepenuhnya. Sebenarnya, kita sudah bertanyakan hal ini
kepadanya, tapi gadis itu tidak dapat menjawab lalu tiada sedarkan diri.” Jawab
Yusuf. Dia rasa bersalah kerana membuat
Shira pengsan semula.
Dari rimbunan pohon-pohon hutan,
terdapat empat susuk tubuh sedang memerhatikan mereka bertiga. Yusuf
menyedarinya tapi hanya mendiamkan diri terlebih dahulu.
“Baiklah,
jika begitu hamba mohon minta diri dulu. Assalamualaikum” salam suci diajukan
kepada Yusuf dan Jalak. Mereka menjawab salam suci itu lalu bersalam-salaman.
Yusuf berjalan bersama Jalak menuju ke
rumahnya. Jalak ingin sangat melihat rupa gadis yang disebut-sebut oleh Imam
Muaz di surau tadi. Di sepanjang perjalanan, Yusuf menceritakan dari awal
pertemuannya dengan Shira yang terdampar di laut sehinggalah gadis itu kembali
pengsan apabila tidak dapat berfikir tentang masa lepasnya. Sambil-sambil itu,
Yusuf memicing anak telinganya. Dia tahu ada yang mengikuti mereka berdua. Aura
jahat dapat dihidu.
Jalak
berhenti berjalan. Dia turut merasakan aura itu. Yusuf turut berhenti.
“Assalamualaikum
wahai hamba Allah yang mengekori kami. Kita tidak mahu bermusuh denganmu.
Keluarlah berhadapan dan nyatakan apa kemahuanmu” Yusuf memulakan bicara.
Suaranya tenang dan mendatar. Jalak menoleh ke kiri dan ke kanan.
Bersiap-siaga.
Maka keluarlah empat lelaki bersusuk
tubuh sasa. Di pinggang masing-masing tersisip kemas sebilah keris. Muka mereka
membengis melihat Yusuf. Seolah-olah sangat membenci lelaki soleh itu. Yusuf
hanya tersenyum. Tidak terlihat riak ketakutan di wajahnya. Dia berzikir di
dalam hati. Memohon perlindungan daripada Allah s.w.t.
“Apa
yang tuan hamba semua mahu? Katakanlah.” Yusuf memecah kesunyian. Tutur katanya
tetap lembut. Jalak berdiri teguh di sebelah Yusuf. Memandang keempat-emapt
manusia dihadapnnya penuh curiga.
“Berikan
kami gadis itu jika kalian tidak mahu dibunuh.” Jawab salah seorang daripada
mereka. Badannya lebih besar dan tinggi berbanding dengan yang lain. Mungkin
dialah ketua mereka bertiga.
“Gadis
mana yang tuan hamba maksudkan?” Yusuf cuba bermain kata-kata dengan mereka.
“Jangan
banyak bicara! Serahkan saja, masalah hilang. Atau, memang kalian mahu kami
habisi?” jawabnya kasar. Jalak seperti sudah hilang sabar. Dia mahu melangkah
ke hadapan tetapi dihalang Yusuf dengan meletakkan tangannya di bahu Jalak.
“Sabar
Jalak. Jangan mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yang mahu kita sentiasa
bertelagah sesama manusia.” Yusuf menenangkan Jalak. Jalak akuinya.
“Gadis
itu sahabat kita. Jadi, kita tidak akan menyerahkan sewenang-wenangnya kepada
tuan hamba berempat. Boleh tuan hamba katakan apa tujuannya mengambil gadis
itu?” Yusuf bertanya lagi.
“Dia
kepunyaan raja kami. Kami diutuskan untuk membawanya kepada raja kami walau
terpaksa menumpahkan darah. Jadi, kalian jangan banyak bicara. Jika tidak…”
katanya sambil menghunuskan keris. Melihatkan itu, tiga lagi sahabatnya turut
menghunuskan keris.
“Raja?
Siapa raja tuan hamba berempat? Dari negeri mana datangnya?” Jalak pula yang
bersuara.
“Kami
menggelarnya Raja Sular. Dia raja kami. Kami datangnya daripada Pulau Merah.
Sudah! Jangan banyak bicara lagi. Kamu bertiga, habisi mereka sekarang!”
arahnya kepada tiga pengikutnya. Mereka tersenyum sumbing lalu berlari pantas
ke arah Yusuf dan Jalak. Yusuf dan Jalak tidak berganjak sedikitpun. Kaki
mereka seolah-olah terpasak kukuh di tanah.
Apabila jarak lelaki
pertama hampir tiga hasta jaraknya, Jalak terus melompat separas dada lalu
berpusing kehadapan. Dihayunkan kakinya tepat mengenai dada lelaki itu. Jauh
terpelanting ke belakang. Belum sempat Jalak menjejakkan kakinya ke tanah,
ditujukan pula tumbukan tangan kanannya tepat ke perut lelaki kedua. Maka, jatuh
terjelupoklah lelaki kedua itu di hadapan lelaki pertama.
Lelaki ketiga pula
menghampiri. Lariannya deras. Jalak sudah menjejakkan kakinya di tanah. Apabila
musuh sudah hampir, dia hanya mengelak terjahan keras keris yang diajukan
padanya. Pada masa yang sama, kakinya membentes kaki musuh ketiga itu lalu
terkocoh-kocohlah dia cuba mengimbangkan badannya. Yusuf berada tidak jauh dari
lelaki ketiga itu. Belum sempat dia dapat mengimbangi tubuhnya, Yusuf pula yang
membentes. Maka, jatuhlah lelaki ketiga itu. Jalak yang melihat perbuatan Yusuf
terus tertawa. Tidak sangka Yusuf akan berbuat demikian.
Melihatkan
itu, lelaki yang berbadan lebih besar dan sasa menjadi semakin marah. Dia merasakan
anak-anak buahnya tidak berguna. Yusuf memandang lelaki berbadan besar itu.
Pada ketika itu, lelaki
ketiga sudah bangkit semula. Marahnya bukan main terhadap Yusuf. Dia berlari
lalu melompat sambil menggenggam penumbuknya. Dia hendak tujukan penumbuknya
sekuat hati ke arah tulang belakang Yusuf.
Yusuf dapat merasakan pergerakan
menentang arah angin dari belakangnya. Dihentakkan kaki kanannya perlahan ke arah
belakang lalu berkecailah tanah-tanah yang dihentaknya. Tanah-tanah itu
berpusu-pusu terbang ke arah lelaki ketiga itu. Terpelanting jauh kebelakang
menerima serangan tanah bertubi-tubi. Yusuf menyerang tanpa menoleh kebelakang.
Matanya masih memandang lelaki berbadan besar itu.
Lelaki berbadan besar
mengangkat keris menutupi hidungnya. Dari jauh kelihatan mulutnya
terkumat-kamit membaca mentera. Mata hitamnya hilang berganti menjadi putih.
Kerisnya kini berasap. Asap hitam kian menebal sehingga menutupi mukanya.
Kemudian, terdengar suaranya menjerit lalu tertawa terbahak-bahak. Dibaling
kerisnya tepat menuju ke dahi Yusuf. Tujahan yang kuat serta mata keris yang
tajam itu mampu menembusi apa-apa sahaja halangan yang berada di hadapannya.
Yusuf hanya tersenyum.
Apabila keris itu sudah berada dekat dengannya, dia hanya menghembus nafasnya
menggunakan mulut ke arah keris itu. Keris itu terus hancur lebur dimakan
angin. Lelaki berbadan besar itu terkejut bukan kepalang. Terkebil-kebil biji
matanya. Dia cuba berlagak tenang walau ketakutan mula menjelma.
“Kalian berdua memang
handal. Bolehku tahu siapa namamu?” pujinya sambil tertawa. Menutup ketakutan
yang mula merajai hatinya.
“Nama kita Yusuf. Ini
sahabatku, Jalak” Yusuf memperkenalkan diri serta sahabatnya.
“Yusuf juga dikenali
sebagai Panglima Bayang.” Jalak menambah. Yusuf memandang Jalak tanda tidak
setuju digelar sebegitu. Lelaki berbadan besar itu terus terkaku mendengar nama
itu. Satu nama yang amat digeruni di Pulau Merah.
No comments:
Post a Comment